Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026
Platform nasional bagi kementerian dan kerajaan negeri membentangkan projek RKB yang telah disiapkan — mengurangkan beban pematuhan peraturan demi meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.
Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi
Selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 [Akta 867], usaha mengurangkan beban pematuhan peraturan menjadi teras dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menganjurkan Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 sebagai platform nasional bagi kementerian dan kerajaan negeri membentangkan projek RKB yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2026.
Menyediakan platform nasional bagi kementerian dan negeri membentangkan projek RKB yang telah disiapkan.
Menilai dan mengenal pasti projek RKB berimpak tinggi, berpotensi dan asas reformasi.
Menggalakkan perkongsian ilmu dan memperluas amalan terbaik RKB untuk dicontohi.
Medium penghargaan dan motivasi kepada penyertaan serta penglibatan dalam inisiatif RKB.
Tarikh
28–29 Oktober 2026Rabu & Khamis
Masa
8.30 pagi – 5.00 petangPendaftaran bermula 8.00 pagi
Tempat
Selangor International Trade CentreShah Alam, Selangor
Pakaian
Rabu: Korporat / PejabatKhamis: Baju Batik
Aturcara Persidangan
Majlis Pembukaan dan Majlis Penutup berlangsung di Ballroom, Selangor International Trade Centre, manakala sesi pembentangan projek diadakan di Hall 1–6.
Majlis Pembukaan
- Ketibaan dan Pendaftaran Peserta
- Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan
- Ketibaan YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul AzizKetua Pengarah Perkhidmatan Awam
- Ketibaan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu BakarKetua Setiausaha Negara
- Lagu Negaraku · Ikrar Rukun Negara · Bacaan Doa
- Ucapan AluanYBrs. Dr. Mohamad Norjayadi bin Tamam, Ketua Pengarah MPC
- Ucapan PerasmianYBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara
- Sesi Perkongsian Strategik AntarabangsaHala Tuju Reformasi Kerenah Birokrasi bagi Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing
- Sesi bergambar & persediaan ke Sesi Pembentangan Projek RKB
Persidangan
- Pendaftaran PesertaHall A
- Pembentangan Projek RKB 6 streamSesi dipecahkan mengikut mod penyelesaian projek / Kementerian & Negeri
- Pameran & WalkaboutPameran projek RKB oleh Kementerian & Negeri · Hall Foyer
- Makan tengah hari
- Sambungan Pembentangan Projek RKB
- Minum petang
- Tamat sesi hari pertama
Persidangan
- Pendaftaran PesertaHall A
- Pembentangan Projek RKB 6 streamSehingga 12.00 tengah hari
- Pameran & WalkaboutSehingga 4.00 petang · Hall Foyer
- Makan tengah hari
Majlis Penutup
- Ketibaan peserta dan tetamu jemputan
- Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan
- Ketibaan YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul AzizKetua Pengarah Perkhidmatan Awam
- Lagu Negaraku · Bacaan Doa
- Ucapan PenutupYBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, KPPA
- Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan RKB Tahun 2026
- Majlis bersurai
* Aturcara tertakluk kepada perubahan.
Penyertaan Pembentang Projek
Penyertaan pembentangan dibuka kepada pemilik projek siap RKB 2026 daripada kementerian dan kerajaan negeri. Pembentangan dan penilaian projek RKB akan dilaksanakan secara serentak melalui enam (6) stream.
Projek siap RKB 2026
- Terbuka kepada semua projek siap RKB 2026 (termasuk projek sambungan).
- Projek belum menerima sijil siap RKB.
A3 Report & borang pendaftaran
- Pemilik projek mengemukakan A3 Report dan borang pendaftaran.
- A3 Report akan disemak oleh panel penilai sebelum sesi pembentangan.
16 Oktober 2026
- Pendaftaran pembentangan projek ditutup pada Jumaat, 16 Oktober 2026, 4.00 petang.
- Permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
Kementerian & Negeri
- Kerajaan Persekutuan (Kementerian) — Stream A–C.
- Kerajaan Negeri (Negeri, PBT & PTG) — Stream D–F.
10 minit setiap projek
- Dibentang oleh pemilik projek dan dinilai oleh panel yang dilantik.
- Maksimum 3 orang wakil pasukan bagi setiap projek.
Pakaian pembentang
- Rabu, 28 Oktober 2026: Baju korporat / pejabat.
- Khamis, 29 Oktober 2026: Baju batik.
Sertai sebagai Pemerhati
Persidangan ini turut dibuka kepada penjawat awam, wakil industri dan persatuan perniagaan yang berminat untuk menyaksikan sendiri pembentangan projek RKB. Pembentangan dan penilaian projek RKB akan dilaksanakan secara serentak melalui enam (6) stream, dan pemerhati boleh memilih untuk mengikuti sesi di mana-mana stream.
Penjawat awam & industri
- Penjawat awam daripada kementerian, jabatan, agensi, kerajaan negeri dan PBT.
- Wakil industri, persatuan perniagaan dan pihak berkepentingan yang berminat.
Apa yang boleh disertai
- Majlis Pembukaan dan Majlis Penutup di Ballroom.
- Sesi pembentangan projek RKB di mana-mana stream (Hall 1–6).
- Pameran dan walkabout projek RKB di Hall Foyer.
- Sijil penyertaan dalam bentuk digital.
Daftar sebelum 20 Okt
- Daftar melalui pautan pendaftaran selewat-lewatnya Selasa, 20 Oktober 2026, 4.00 petang.
- Tempat adalah terhad dan tertakluk kepada pengesahan urus setia.
- Patuhi kod pakaian: Rabu pakaian korporat atau pejabat, Khamis baju batik.
Kumpulan Sasar
Jumpa anda di Selangor International Trade Centre, 28–29 Oktober 2026
Sahkan kehadiran ke Persidangan sebelum Selasa, 20 Oktober 2026, 4.00 petang.